Selasa, 16 Disember 2014

" KALIMAT TERAKHIR "


Sedar tak sedar dah minggu ke-14. Kiranya perpisahan pun dah dekat dengan kawan-kawan juga Dr. Normaliza. Rasa macam pertama kali menjejakkan kaki ke UPM ni. Rasa bagai baru semalam berada di Dewan Besar UPM untuk orentasi. Segalanya berlalu dengan pantas tanpa dapat dirasai. Terasa sayang hendak melangkah pergi meninggalkan bumi Serdang ini.

Masih terngiang-ngiang di telinga ketika di zaman sekolah untuk masuk ke universiti. Rupanya aku sudah pun bergelar mahasiswa. Antara kenangan paling tak dapat dilupakan adalah mengambil subjek Bahasa dalam Multimedia (BBM 3410) di bawah kendalian Dr. Normaliza Abd. Rahim. Banyak peristiwa yang dialami dan pengalaman yang aku timba sepanjang 14 minggu ini.

Kali pertama mendapat tugasan video rasa macam berat juga. Masa nak pilih lagu pun sempat lagi nak bergaduh dengan kawan aku. Maklumlah aku nak yang terbaik. Kerja yang diamanahkan oleh pensyarah bagi aku perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Bukan aku mementingkan kesempurnaan yang maksima tetapi aku mahu yang terbaik dan berkualiti.

Dalam semua kerja yang perlu dilaksanakan bahagian penyuntingan paling sukar. Tetapi atas kerjasama semua ahli kumpulan aku, segalanya berjalan dengan lancar. Video yang kedua agak sesak nafas la juga. Tiga kali aku terpaksa turun Putrajaya untuk shooting. Semuanya sebab masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Seterusnya video ketiga, video tanpa wajah ker fokus ker apa-apa je la. Buat papan cerita macam nak botak kepala aku untuk video ketiga ni. 

Baru aku tahu betapa susahnya nak arrange kawan-kawan untuk buat sesebuah video. Bergaduh tu memang dah jadi adat la. Kiranya cabaran inilah yang menguatkan semangat aku untuk memberikan hasil video yang berkualiti. Video keempat mencabar dari segi nak dapatkan rumah muzium, sampai demam-demam la kawan aku. Video tragedi ni aku terkejar-kejar sebab 2 jam jer masa yang ada, yer la nak pergi kelas lagi.

Bagaimanapun aku gembira dapat belajar banyak perkara dalam subjek Bahasa dalam Multimedia ni. Terima kasih pada Dr. Normaliza yang banyak memberi tunjuk ajar. Tak dilupakan kawan-kawan URK Production yang banyak membantu dan memberi semangat untuk menghasilkan video yang berkualiti bagi aku. Semoga kita akan bertemu lagi di lain waktu. In Sya Allah! Sayang korang sangat-sangat! Huwaaaaaa...Tiba-tiba rasa sedih lak tulis kalimat terakhir ni. Sekian sahaja coretan dari aku. Tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa usaha yang gigih!

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan