AKU DAN MANUSKRIP LAMA
Aku masih di sini
mencari dan meniti
hari demi hari
bila aku mengasihi sebuah karya
manuskrip terindah
mencipta rasa
meruangkan karya teragung
melihat sayu di meja sepi itu
dalam ruang masih mencari
di manakah lagi helaiannya
Mata aku letih lagi
setiap kali membaca
menterjemahkan
ayat-ayat dari naskah tua ini
walaupun aku ingin
namun aku juga manusia biasa
dalam ayat yang paling manis
tapi bermakna sekali
aku luahkan apa yang terbuku
belum jua terjawab
sudah aku lewati ketika ini
Wahai manuskrip lama
di manakah lagi pasanganmu
aku rindukan ayat-ayat bertulis Jawi
kerana dari itu aku belajar
mulai tahu erti sabar
makna menghargai
yang lama adalah pendidik
tetapi mengapa ia mudah sekali dilupakan
aku kesal
kerana
aku pecinta manuskrip lama itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan