Jumaat, 19 Disember 2014

BBM 3410 VIDEO DOKUMENTARI - "PERANAN MASJID"


Video ini memaparkan dokumentari tentang peranan Masjid. Selaras dengan itu, video dokumentari ini memberi fokus Masjid sebagai tempat beribadah dan haruslah diimarahkan dengan sebaik mungkin. Video ini juga memaparkan perspektif Masjid dari sudut yang berbeza merangkumi aspek adab sama ada ketika berada di dalam mahupun di luar Masjid.

Selasa, 16 Disember 2014

Jalan-jalan Cari Makan Di Korea





Dr. Nott nak aku mengulas pasal makanan Korea. Sebenarnya aku bukan selalu makan pun makanan Korea. Tapi ada la kawan-kawan ajak makan kat Dubu-Dubu dengan Seoul Garden. Memang la aku rasa tak bape minat sebab tak biasa makan makanan Korea. Bila tengok Dr. Nott makan sotong siap melekat kat dalam mulut, lagi la aku tak berapa berani makan makanan Korea ni. Rupanya makanan Korea ni macam pelik juga kan. Lepas ni aku rasa nak juga cuba makan sotong yang Dr.Nott makan kat Korea tu. Nak rasa macam mana yer. Maklumlah kita ni kena la mencuba...Hehehe...:)

" KALIMAT TERAKHIR "


Sedar tak sedar dah minggu ke-14. Kiranya perpisahan pun dah dekat dengan kawan-kawan juga Dr. Normaliza. Rasa macam pertama kali menjejakkan kaki ke UPM ni. Rasa bagai baru semalam berada di Dewan Besar UPM untuk orentasi. Segalanya berlalu dengan pantas tanpa dapat dirasai. Terasa sayang hendak melangkah pergi meninggalkan bumi Serdang ini.

Masih terngiang-ngiang di telinga ketika di zaman sekolah untuk masuk ke universiti. Rupanya aku sudah pun bergelar mahasiswa. Antara kenangan paling tak dapat dilupakan adalah mengambil subjek Bahasa dalam Multimedia (BBM 3410) di bawah kendalian Dr. Normaliza Abd. Rahim. Banyak peristiwa yang dialami dan pengalaman yang aku timba sepanjang 14 minggu ini.

Kali pertama mendapat tugasan video rasa macam berat juga. Masa nak pilih lagu pun sempat lagi nak bergaduh dengan kawan aku. Maklumlah aku nak yang terbaik. Kerja yang diamanahkan oleh pensyarah bagi aku perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Bukan aku mementingkan kesempurnaan yang maksima tetapi aku mahu yang terbaik dan berkualiti.

Dalam semua kerja yang perlu dilaksanakan bahagian penyuntingan paling sukar. Tetapi atas kerjasama semua ahli kumpulan aku, segalanya berjalan dengan lancar. Video yang kedua agak sesak nafas la juga. Tiga kali aku terpaksa turun Putrajaya untuk shooting. Semuanya sebab masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Seterusnya video ketiga, video tanpa wajah ker fokus ker apa-apa je la. Buat papan cerita macam nak botak kepala aku untuk video ketiga ni. 

Baru aku tahu betapa susahnya nak arrange kawan-kawan untuk buat sesebuah video. Bergaduh tu memang dah jadi adat la. Kiranya cabaran inilah yang menguatkan semangat aku untuk memberikan hasil video yang berkualiti. Video keempat mencabar dari segi nak dapatkan rumah muzium, sampai demam-demam la kawan aku. Video tragedi ni aku terkejar-kejar sebab 2 jam jer masa yang ada, yer la nak pergi kelas lagi.

Bagaimanapun aku gembira dapat belajar banyak perkara dalam subjek Bahasa dalam Multimedia ni. Terima kasih pada Dr. Normaliza yang banyak memberi tunjuk ajar. Tak dilupakan kawan-kawan URK Production yang banyak membantu dan memberi semangat untuk menghasilkan video yang berkualiti bagi aku. Semoga kita akan bertemu lagi di lain waktu. In Sya Allah! Sayang korang sangat-sangat! Huwaaaaaa...Tiba-tiba rasa sedih lak tulis kalimat terakhir ni. Sekian sahaja coretan dari aku. Tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa usaha yang gigih!

Wassalam.

BBM 3410 Kuih Tradisional Melayu (URK Production)


Video ini memaparkan teknik membuat kuih tradisional Melayu yang telah dipilih oleh kumpulan URK Production. Antara kuih tradisional tersebut ialah kuih abuk-abuk, talam berlauk, ketayap, koci, lempeng dan sebagainya.

LAKONAN SEBAHAGIAN KEHIDUPANKU


Ketika pertama kali memegang watak sebagai orang tua. Masa ni sem 5 memegang watak sebagai Dato' Syed. Kononnya la aku ni jadi Datuk dalam cerita tu. Aku suka bila dapat offer untuk berlakon apa-apa watak pun sebenarnya. Yer la jiwa aku dah sebati dengan skrip dan lakonan.

BBM 3410 ONE SHOT VIDEO (3 LAYER) KEKANDA ADINDA


Video tiga lapis (Kekanda Adinda) merupakan kesinambungan daripada video satu lapis (Gerenti Beres). Video ini memaparkan kisah keluarga yang mempunyai kerjaya. Di dalam alam rumahtangga, pelbagai onak dan duri perlu diharungi untuk merasa kemanisan dalam membina rumahtangga yang bahagia.

Isnin, 15 Disember 2014

BBM 3410 One Stop Motion - "Pengorbanan"


Video one stop motion ini memaparkan pengorbanan ibu dan ayah bagi membesarkan anaknya sejak dari kecil sehinggalah berjaya. Akhirnya, jasa ibu dan ayah dibalas dengan tuba yang cukup mematahkan hati kedua orang tuanya. Jasa ibu dan ayah tidak dapat diungkap dengan kata-kata kerana mereka telah tiada di dunia. Pengajaran daripada video ini ialah anak-anak haruslah mengenang pengorbanan kedua ibu bapa dan menjaga mereka walaupun telah menggapai kejayaan yang dikehendaki kerana berkat doa mereka kita berjaya dalam hidup ini.

BBM 3410 VIDEO SERAM - "PERJANJIAN SYAITAN"


Video seram memaparkan dendam seorang isteri akibat kecurangan suaminya bersama kakak kandungnya sendiri. Dendam yang dibawa itu dituntut walaupun jasad dikandung tanah. Tambahan lagi, pembalasan dendam tersebut dibantu oleh ilmu hitam yang dituntut bidan kampung.

BBM 3410 VIDEO TRAGEDI - "LOTENG"


Video tragedi "Loteng" mengisahkan cerita Izham dan Elina yang ingin berkongsi berita gembira bersama abang tirinya iaitu Hazri dan Marlia kerana mendapat tawaran tender berjumlah RM 4 juta. Berita gembira yang ingin dikongsi itu telah mengundang perasaan cemburu dan membawa malang yang tidak berbau kepada mereka berdua.

Isnin, 8 Disember 2014

BBM 3410 VIDEO FOKUS (CINCIN) - ASFAN SHAH "ALASAN UNTUK BAHAGIA"





Video fokus yang berjudul "Lara" memaparkan kisah seorang gadis yang bernama lara yang dihimpit dugaan dalam membuat keputusan yang tepat dalam hidupnya. Akhirnya, keputusan yang dibuat telah memberi impak yang cukup mendalam buat dirinya sendiri.

Rabu, 3 Disember 2014

BBM 3410 ONE SHOT VIDEO CLIP GERENTI BERES



Video satu lapis (Gerenti Beres) memaparkan tentang perjalanan cinta dua orang lelaki yang berlainan cerita bagi mendapatkan pasangannya. Pelbagai ragam dalam menemui cinta hati terdapat dalam penceritaan video ini.

Rabu, 29 Oktober 2014

KALENDAR 2015


Kalendar 2015 ini dihasilkan bagi memenuhi subjek Bahasa dalam Multimedia (BBM 3410) yang dikendalikan di bawah Prof. Madya Dr. Normaliza binti Abd Rahim. 



Malam Itu..

Malam itu hatiku berbicara
Mengapa engkau berubah seketika
Keputusan emosi menyelubungi jiwa
Tatkala sindiran kunci bicara
Perpisahan juga noktah akhirnya.

Malam itu
Segalanya berubah
Hubungan persahabatan terputus jua
Mengharap sinar dari kejauhan
Hanya takdir yang menentukan.

Malam itu
Bila hati mengatakan ia
Namun perasaan menangisi kekecewaan
Perpisahan berakhir
Dengan mudahnya.

Seluruh cinta. Merdu & syahdu suaranya membuatku gemar lagu terbaru dari mereka berdua.


Isnin, 20 Oktober 2014

Biar Malam Berbicara

Malam adalah gelap
mengerikan
menakutkan
hanya igauan semata-mata

Hakikatnya
malam adalah kedinginan
kedamaian
kesejukan yang menempias diri

Sesekali bila hati sayu
aku berbicara
dalam malam yang hitam
menjeritkan kedukaan

Ternyata malam adalah teman
kawan karib aku
meluahkan isi hati
yang terbuku lesu.


Jumaat, 10 Oktober 2014


ONE SHOT VIDEO GERENTI BERES (KRU)

Mama adalah segalanya...

Hati aku...jiwa aku....minda aku...
sentiasa ada satu nama
tanpa curiga
tanpa duka
dengan indah
hanya nama mama yang bermain di minda
mencari kejayaan
mencari ruang untuk terus bersamamu...mama
aku tidak memahami hingga aku tersentak
bahawa cinta, kasih dan sayang mama
adalah terbaik untuk aku di dunia dan akhirat

Warkah yang aku titipkan setiap saat dan ketika
tanpa siapa tahu
tanpa ada siapa yang mampu menyingkap
hati aku bila lara hanya mama mendengar
kesakitan aku hanya mama yang mengerti
andai aku terbuang maka siapa lagi yang ada?
hanya suara mama yang terngiang di telinga
mama adalah terbaik untuk aku
aku belum puas berada dalam pelukan mama
yang hangat...yang paling ikhlas
pernah aku rasa di dunia ini...
warkah tercinta ini aku tulis untukmu...mama...
AKU DAN MANUSKRIP LAMA

Aku masih di sini
mencari dan meniti
hari demi hari
bila aku mengasihi sebuah karya
manuskrip terindah
mencipta rasa
meruangkan karya teragung
melihat sayu di meja sepi itu
dalam ruang masih mencari
di manakah lagi helaiannya

Mata aku letih lagi
setiap kali membaca
menterjemahkan 
ayat-ayat dari naskah tua ini
walaupun aku ingin
namun aku juga manusia biasa
dalam ayat yang paling manis
tapi bermakna sekali
aku luahkan apa yang terbuku
belum jua terjawab
sudah aku lewati ketika ini

Wahai manuskrip lama
di manakah lagi pasanganmu
aku rindukan ayat-ayat bertulis Jawi
kerana dari itu aku belajar
mulai tahu erti sabar
makna menghargai
yang lama adalah pendidik
tetapi mengapa ia mudah sekali dilupakan
aku kesal
kerana 
aku pecinta manuskrip lama itu.