Jumaat, 19 Disember 2014

BBM 3410 VIDEO DOKUMENTARI - "PERANAN MASJID"


Video ini memaparkan dokumentari tentang peranan Masjid. Selaras dengan itu, video dokumentari ini memberi fokus Masjid sebagai tempat beribadah dan haruslah diimarahkan dengan sebaik mungkin. Video ini juga memaparkan perspektif Masjid dari sudut yang berbeza merangkumi aspek adab sama ada ketika berada di dalam mahupun di luar Masjid.

Selasa, 16 Disember 2014

Jalan-jalan Cari Makan Di Korea





Dr. Nott nak aku mengulas pasal makanan Korea. Sebenarnya aku bukan selalu makan pun makanan Korea. Tapi ada la kawan-kawan ajak makan kat Dubu-Dubu dengan Seoul Garden. Memang la aku rasa tak bape minat sebab tak biasa makan makanan Korea. Bila tengok Dr. Nott makan sotong siap melekat kat dalam mulut, lagi la aku tak berapa berani makan makanan Korea ni. Rupanya makanan Korea ni macam pelik juga kan. Lepas ni aku rasa nak juga cuba makan sotong yang Dr.Nott makan kat Korea tu. Nak rasa macam mana yer. Maklumlah kita ni kena la mencuba...Hehehe...:)

" KALIMAT TERAKHIR "


Sedar tak sedar dah minggu ke-14. Kiranya perpisahan pun dah dekat dengan kawan-kawan juga Dr. Normaliza. Rasa macam pertama kali menjejakkan kaki ke UPM ni. Rasa bagai baru semalam berada di Dewan Besar UPM untuk orentasi. Segalanya berlalu dengan pantas tanpa dapat dirasai. Terasa sayang hendak melangkah pergi meninggalkan bumi Serdang ini.

Masih terngiang-ngiang di telinga ketika di zaman sekolah untuk masuk ke universiti. Rupanya aku sudah pun bergelar mahasiswa. Antara kenangan paling tak dapat dilupakan adalah mengambil subjek Bahasa dalam Multimedia (BBM 3410) di bawah kendalian Dr. Normaliza Abd. Rahim. Banyak peristiwa yang dialami dan pengalaman yang aku timba sepanjang 14 minggu ini.

Kali pertama mendapat tugasan video rasa macam berat juga. Masa nak pilih lagu pun sempat lagi nak bergaduh dengan kawan aku. Maklumlah aku nak yang terbaik. Kerja yang diamanahkan oleh pensyarah bagi aku perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Bukan aku mementingkan kesempurnaan yang maksima tetapi aku mahu yang terbaik dan berkualiti.

Dalam semua kerja yang perlu dilaksanakan bahagian penyuntingan paling sukar. Tetapi atas kerjasama semua ahli kumpulan aku, segalanya berjalan dengan lancar. Video yang kedua agak sesak nafas la juga. Tiga kali aku terpaksa turun Putrajaya untuk shooting. Semuanya sebab masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Seterusnya video ketiga, video tanpa wajah ker fokus ker apa-apa je la. Buat papan cerita macam nak botak kepala aku untuk video ketiga ni. 

Baru aku tahu betapa susahnya nak arrange kawan-kawan untuk buat sesebuah video. Bergaduh tu memang dah jadi adat la. Kiranya cabaran inilah yang menguatkan semangat aku untuk memberikan hasil video yang berkualiti. Video keempat mencabar dari segi nak dapatkan rumah muzium, sampai demam-demam la kawan aku. Video tragedi ni aku terkejar-kejar sebab 2 jam jer masa yang ada, yer la nak pergi kelas lagi.

Bagaimanapun aku gembira dapat belajar banyak perkara dalam subjek Bahasa dalam Multimedia ni. Terima kasih pada Dr. Normaliza yang banyak memberi tunjuk ajar. Tak dilupakan kawan-kawan URK Production yang banyak membantu dan memberi semangat untuk menghasilkan video yang berkualiti bagi aku. Semoga kita akan bertemu lagi di lain waktu. In Sya Allah! Sayang korang sangat-sangat! Huwaaaaaa...Tiba-tiba rasa sedih lak tulis kalimat terakhir ni. Sekian sahaja coretan dari aku. Tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa usaha yang gigih!

Wassalam.

BBM 3410 Kuih Tradisional Melayu (URK Production)


Video ini memaparkan teknik membuat kuih tradisional Melayu yang telah dipilih oleh kumpulan URK Production. Antara kuih tradisional tersebut ialah kuih abuk-abuk, talam berlauk, ketayap, koci, lempeng dan sebagainya.

LAKONAN SEBAHAGIAN KEHIDUPANKU


Ketika pertama kali memegang watak sebagai orang tua. Masa ni sem 5 memegang watak sebagai Dato' Syed. Kononnya la aku ni jadi Datuk dalam cerita tu. Aku suka bila dapat offer untuk berlakon apa-apa watak pun sebenarnya. Yer la jiwa aku dah sebati dengan skrip dan lakonan.

BBM 3410 ONE SHOT VIDEO (3 LAYER) KEKANDA ADINDA


Video tiga lapis (Kekanda Adinda) merupakan kesinambungan daripada video satu lapis (Gerenti Beres). Video ini memaparkan kisah keluarga yang mempunyai kerjaya. Di dalam alam rumahtangga, pelbagai onak dan duri perlu diharungi untuk merasa kemanisan dalam membina rumahtangga yang bahagia.

Isnin, 15 Disember 2014

BBM 3410 One Stop Motion - "Pengorbanan"


Video one stop motion ini memaparkan pengorbanan ibu dan ayah bagi membesarkan anaknya sejak dari kecil sehinggalah berjaya. Akhirnya, jasa ibu dan ayah dibalas dengan tuba yang cukup mematahkan hati kedua orang tuanya. Jasa ibu dan ayah tidak dapat diungkap dengan kata-kata kerana mereka telah tiada di dunia. Pengajaran daripada video ini ialah anak-anak haruslah mengenang pengorbanan kedua ibu bapa dan menjaga mereka walaupun telah menggapai kejayaan yang dikehendaki kerana berkat doa mereka kita berjaya dalam hidup ini.